Friday, 30 March 2012
LEMBARAN KERJA
LEMBARAN KERJA 1
Murid-murid dikehendaki mewarnakan perkataan nilai wang yang betul berdasarkan gambar wang.
![]() |
klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang besar |
LEMBARAN KERJA 2
Murid-murid dikehendaki mengenalpasti wang malaysia dan mengguntingkannya. Selepas itu, murid-murid perlu menampalkan wang tersebut pada ruangan yang disediakan iaitu ruangan wang kertas dan wang syiling.
![]() |
klik pada gambar untuk mendapat saiz yang besar |
![]() |
klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang besar |
HATTAN : LAGU DUIT
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
PERKONGSIAN INFO : SEJARAH MATAWANG MALAYSIA
‘Ringgit’ berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman dahulu. Matawang Malaysia di kenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada wang kertas dan juga wang syiling. Wang kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100 manakala wang syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mengawal kesemua pengeluaran wang baru. Wang kertas pertama yang di keluarkan pada tahu 1967. Simbol ringgit yang di gunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar kepada RM.
Di bawah ini terdapat beberapa contoh gambar wang kertas zaman dahulu yang tidak lagi di gunakan pada masa kini..
JOM KENALI WANG SYILING
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH :: WANG ::
TAHUN 1 : WANG HINGGA RM10
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk …
4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk …
(i) Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang
kertas.
(ii) Mewakilkan nilai wang:
(a) Sen hingga RM1.
(b) Ringgit hingga RM10.
(iii) Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus 4:1.
(iv) Menukar wang:
(a) Syiling hingga 1 ringgit.
(b) Ringgit hingga RM10.
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk …
4.2 Tambah dan tolak melibatkan wang
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk …
(i) Tambah dan tolak:
(a) Sen hingga RM1.
(b) Ringgit hingga RM10.
(ii) Tambah dan tolak melibatkan wang dengan menggunakan abakus 4:1.
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk …
4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk …
(i) Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang
kertas.
(ii) Mewakilkan nilai wang:
(a) Sen hingga RM1.
(b) Ringgit hingga RM10.
(iii) Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus 4:1.
(iv) Menukar wang:
(a) Syiling hingga 1 ringgit.
(b) Ringgit hingga RM10.
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk …
4.2 Tambah dan tolak melibatkan wang
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk …
(i) Tambah dan tolak:
(a) Sen hingga RM1.
(b) Ringgit hingga RM10.
(ii) Tambah dan tolak melibatkan wang dengan menggunakan abakus 4:1.
BICARA MENGENAI TAJUK PEMBELAJARAN - MATEMATIK - :: WANG ::
Blog ini menceritakan atau membincangkan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk murid-murid tahun 1. Mata pelajaran yang dipilih ialah Matematik. Hal demikian kerana saya merupakan guru Matematik dan sedang mengajar Matematik untuk murid-murid tahun 1. Subtopik bagi mata pelajaran Matematik yang ingin dimuatkan dalam blog ini ialah WANG. Tajuk wang merupakan tajuk yang menarik untuk di ajar kepada kanak-kanak memandangkan wang atau duit merupakan perkara yang diperlukan dan digunakan oleh kanak-kanak setiap hari. Justeru itu, diharapkan pembaca blog ini akan mendapat sesuatu yang berguna dan boleh dijadikan panduan bersama.
Nantikan entri saya yang seterusnya...wassalam
PEMBUKA BICARA
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka dapatlah saya membina blog pembelajaran ini . Blog ini adalah untuk melengkapkan tugasan bagi kursus KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah di samping untuk menjadikan blog ini sebagai panduan kepada pelajar dan juga ibu bapa. Selain itu, blog ini juga menjadi platform kepada saya dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang juga turut melibatkan ibu bapa dan guru serta pelajar sendiri melalui komen-komen yang diberikan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi kursus ini yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam tugasan atau pembinaan blog ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbagan berbentuk idea kepada saya untuk memurnikan lagi kerja kursus ini . Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya menyudahkan tugasan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada suami dan anak-anak yang telah membantu dari segi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kalian, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan sia sia.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus ini.
Sekian, wassalam
Zamiha Ab. Wahab
D2011104979
Subscribe to:
Posts (Atom)